Topik 11 Pengurusan Pelbagai Budaya

         Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002). Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yangmengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871). Budayaadalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).Pelbagai Budaya pula boleh didefinisikan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yangmengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi ataumasyarakat berkenaan.

       Terdapat beberapa isi penting dalam topik ini antaranya ialah kepelbagaian budaya murid, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budyaa murid. Perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya ini manusia memang berbeza antara satu sama lain. Guru perlu sedar hakikat ini kerana terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya tahap seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar. Banyak perbezaan dalam kalangan pelajar iaitu dari segi bangsa, agama, taraf keluarga dan gender. Ianya juga melibatkan golongan minoriti iaitu orang kurang upaya dan orang asli. Kepelbagaian pelajar dan peranan sekolah ini pula memikul tanggungjawab sama ada dari segi struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.


          Seterusnya, pendidikan pelbagai budaya pula dapat dibahagikan kepada tujuan, prinsip, konsep, matlamat dan andaian. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsam kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa (OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual. Dari segi prinsip pula, seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik yang meliputi ciri kelompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Matlamat pendidikan pelbagai budaya pula ialah matlamat asas hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat befungsi dalam masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan "keadilan sosial". Ia juga dipanggil "cross-culture" atau "multiculture skills" (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mewujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan.

            Akhir sekali, terdapat beberapa implikasi dan cabaran. Pendidikan adalah satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah. Pertama melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan di mana sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Kedua, melalui kursus dan perkhidmatan di mana kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulansasaran serta aspek perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran yang sedia ada. Ketiga, program pengembangan staf berpusatkan sekolah. Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu sebenar dalam konteks kerja yang sebenar.

      Rumusannya, guru merupakan pendidik yang sangat penting untuk menjayakan sesebuah pembentukan. Tanpa peranan mereka, masalah yang dihadapi tidak dapat diatasi malah sebarang perubahan yang dijalankan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

 

Sumber Rujukan :

https://www.slideshare.net/Asyikin4996/pengurusan-pelbagai-budaya

Zuraidah Abdullah.   (2009).    Pembentukan Komuniti Pembelajaran Profesional:     Kajian terhadap sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan, 5 (2). 78-96


No comments:

Post a Comment