Topik 9 Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran-Extra

        Bilik darjah yang berbeza sewajarnya mempunyai peraturan dan prosedur yang berbeza bergantung kepada keperluan dan kecenderungan guru dan pelajar. Antara kategori peraturan ialah tingkah laku yang diingini, memulakan dan menamatkan sesi PdP, menangani gangguan, mengendalikan bahan dan peralatan, kerja berkumpulan dan kedudukan murid.

       Antara contoh peraturan bagi tingkah laku diingini ialah dari segi barangan yang dibawa ke sekolah. Murid haruslah mematuhi peraturan sekolah dengan tidak membawa barang-barang yang dilarang. Seterusnya ialah berada di tempat duduk yang ditetapkan dan menghormati orang lain. Bagi waktu permulaan dan akhir sesi PdP pula ialah dengan mengambil kehadiran sebelum memulakan sesi PdP. Seterusnya ialah menguruskan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan, menguruskan pelajar yang lambat masuk ke kelas dan menamatkan sesi PdP dengan jangkaan yang jelas terhadap tugasan.


       Bagi peraturan menangani gangguan ialah dengan meninggalkan bilik darjah, kembali semula ke dalam bilik darjah, fire drill dan waktu rehat. Selain itu, bagi peraturan mengendalikan bahan dan peralatan ialah dari segi pengagihan bahan dan peralatan dan mengumpulkan bahan dan peralatan. Peraturan kerja berkumpulan pula ialah keluar masuk kumpulan, peranan ahli dan ketua, hubungan kumpulan dengan kumpulan yang lain dan komunikasi kumpulan dengan guru. Bagi kedudukan murid dan aktiviti guru ialah dari segi penglibatan pelajar, bercakap-cakap dengan rakan, mendapatkan bantuan, memberikan tumpun semasa penerangan guru dan meninggalkan tempat duduk.

        Di samping itu, bagi mewujudkan dominasi di bilik darjah ialah dengan mempamerkan ketegasan. Sebagai contoh menggunakan bahasa badan iaitu ekspresi muka, kontak mata dan menghadap pelajar bermasalah. Menggunakan nada suara yang lebih tinggi dari biasa dan tidak membiarkan tingkah laku bermasalah pelajar berterusan juga merupakan ketegasan yang boleh dilakukan. Seterusnya ialah dengan mempunyai matlamat pembelajaran yang jelas. Sebagai contoh guru perlu tahu apa yang hendak diajar sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, memberikan maklum balas terhadap matlamat pembelajaran tersebut dan sentiasa merujuk matlamat.

      Dalam strategi menguruskan bilik darjah, guru merupakan salah satu penggerak dan rujukan kepada pelajar dalam menentukan suasana dan kelancaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. 

No comments:

Post a Comment