Sekolah didefinisikan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan manakala persekitaran membawa maksud kawasan di sesuatu tempat. Oleh itu, persekitaran sekolah bermaksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat di mana masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah pula merujuk kepada kawasan sekeliling sesuatu tempat yang membawa masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang dapat membentuk kerjasama antara masyarakat dan sekolah dalam pelaksanaan pendidikan untuk kebaikan bersama. Sekolah diwujudkan agar dapat menyediakan pendidikan formal kepada masyarakat. Seterusnya ialah hubungan sekolah dengan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dilaksanakan untuk merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak untuk menjadi murid yang berdisiplin dan cemerlang di sekolah. Ibu bapa juga perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membendung masalah. Selain itu, ialah hubungan sekolah dengan guru. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi murid-murid apabila mereka berada di sekolah. Guru juga perlu melakukan tugasan perkeranian seperti menulis surat jemputan dan merekod persekolahan murid. Guru juga perlu menghadiri kursus atau seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran.
Seterusnya ialah isu-isu pendidikan semasa. Sebagai contoh, masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa. Selain itu, isu pendidikan semasa ialah sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik sepenuhnya kepada guru. Seterusnya ialah apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa dengan mudah menunding jari ke arah guru dan pihak sekolah. Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak-anak mereka.
Rumusannya, sekolah dan persekitarannya merupakan aspek yang sangat penting dalam membantu pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran. Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa pula dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hubungan yang terjalin di antara sekolah dengan masyarakat, ibu bapa dan guru sesungguhnya dapat memberikan manfaat kepada sekolah itu sendiri. Kewujudan hubungan ini akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik di antara setiap individu untuk kebaikan bersama.
Sumber Rujukan :
https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-sekolah-dan-persekitaran/
No comments:
Post a Comment