Topik 7 Pengurusan Sumber Pembelajaran

 


       Secara umumnya, sumber pembelajaran merujuk kepada teks, video, perisian dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya seperti memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial dan usia pelajar. sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi dan juga dapat mencapai pembelajaran yang berkesan.

       Terdapat empat jenis sumber pembelajaran iaitu sumber asas. sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan juga sumber pengalaman. Antara contoh sumber asas ialah papan tulis, buku teks dan guru sendiri sebagai model. Bagi sumber bukan elektronik pula ialah model, patung, gambar, lukisan, poster dan lain-lain lagi. Contoh bagi sumber elektronik ialah slaid, radio, televisyen dan sebagainya. Contoh bagi sumber pengalaman pula ialah lakonan, lawatan, projek, pameran dan bahan alam sekitar. Kriteria untuk memilih sumber pembelajaran ialah tahu tujuan, senang diperoleh, bersesuaian, mempelbagaikan lagi kegiatan, menjimatkan masa dan yang paling penting ialah menyeronokkan murid.

       Selain itu, penggunaan sumber pembelajaran hendaklah bersesuaian dengan situasi pembelajaran. Guru-guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya mencapai matlamat yang diharapkan. Guru juga hendaklah membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran tersebut. Aktiviti pembelajaran perlu diberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara individu ataupun berkumpulan.Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah penggunaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan dari pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan juga penggunaan alat pandang dengar. Terdapat beberapa kepentingan sumber pembelajaran iaitu dapat merangsang minat pelajar, menyediakan pengalaman sebenar, melibatkan pelajar secara aktif, memberi peluang pelajar belajar mengikut keupayaan dan juga pelajar akan menjadi lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.

       Konsep pusat sumber sekolah ialah tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa. Perkhidmatan yang ditawarkan di pusat sumber membolehkan pelajar dapat mengamalkan kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahan yang disedikan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Pusat sumber juga merupakan agen perubahan yang dapat memupuk potensi dan minat murid dalam pembelajaran. Objektf pusat sumber sekolah ialah membnatu pelaksanaan proses PdPc dengan berkesan, memupuk kemahiran penyelidikan, penyiasatan dan mencari maklumat. Selain itu, memupuk minat membaca dan belajar sendiri melalui sumber dalam kalangan murid dan juga memupuk keyakinan diri murid.

       Antara fungsi pusat sumber sekolah ialah mengumpul bahan pembelajaran menerusi pembelian atau barangan terpakai. Selain itu, pusat sumber juga mengorganisasi bahan-bahan pembelajaran secara sistematik dan juga menyebarkan maklumat berkenaan bahan yang terdapat di PSS. Akhir sekali ialah dapat memberi panduan, bimbingan dan nasihat tentang penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan. 

       Secara rumusannya, pengurusan sumber ini banyak membantu murid-murid untuk mendapatkan data atau maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat dan cepat. Oleh itu, guru-guru haruslah berusaha untuk memperkembangkan dan meningkatkan lagi ilmu tentang pengurusan sumber dari semasa ke semasa bagi meningkatkan prestasi murid.

 

Sumber rujukan :

Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah (2013). Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Di Sekolah Menengah Zon Bandar Daerah Segamat, Johor.Universiti Teknologi Malaysia.Dimuat turun daripada: http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Raja%20Rozita%20Binti%20Raja%20Ariff%20Shah.TP.pdf 

No comments:

Post a Comment