Pengurusan murid pelbagai upaya merujuk kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada dari segi mentau atau fizikal dan lebih terarah kepada program pendidikan khas. Dalam erti kata lain, pengurusan pembelajaran ini memfokuskan murid yang berkeperluan khas atau lebih dikenali sebagai pelajar yang kurang upaya (OKU). Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas juga merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Pemulihan pula bermaksud satu program pendidikan untuk murid yang mengalami maslaah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus. Murid pemulihan merupakan murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas ini disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Gaya pembelajaran bagi murid-murid pemulihan ini ialah melalui visual, auditori dan kinestetik. Melalui visual, murid-murid ini belajar dengan melihat teks berbentuk perkataan atau ayat dalam buku, papan putih atau komputer. Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan teks. Seterusnya, melalui auditori pula, murid akan belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang disebut dan juga arahan lisan. Dengan melakukan kaedah tersebut, murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Akhir sekali ialah kaedah kinestetik iaitu murid belajar melalui pengalaman menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti di kelas. Dengan itu, murid-murid pemulihan ini dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara "hands-on".
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti penggayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap pengurusan murid pelbagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka. Terdapat dua jenis penggayaan iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Ia juga dapat melibatkan pelajar secara langsung dan juga guru secara tidak langsung. Penggayaan mendatar merupakan aktiviti penggayaan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan akan diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. Manakala pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Selain itu, teori kecerdasan pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983 yang menyatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Dalam teori ini terdapat tujuh jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Yang pertama ialah kecerdasan Logik-Matematik. Dalam teori ini, pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik dan golongan ini mempunyai pemikiran yang saintifik, induktif dan deduktif dan membuat inferens. Seterusnya, ialah kecerdasan Verbal-Linguistik di mana murid mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Yang ketiga ialah, kecerdasan Muzik. Murid dalam golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik.
Di samping itu, teori kecerdasan Kinestetik Badan juga merupakan salah satu teori kecerdasan pelbagai. Dalam teori ini, murid mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Seterusnya ialah kecerdasan interpersonal iaitu murid berkobolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri manakala kecerdasan Intrapersonal ialah murid yang mempunyai kebolehan dalam menilai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Teori yang ketujuh ialah teori kecerdasan ruang visual iaitu murid akan memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Seterusnya ialah kecerdasan naturalis . Murid berkobelahan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Yang terakhir ialah kecerdasan Eksistensialis iaitu murid akan mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia.
Rumusannya, guru perlu membantu murid mengatasi masalah tingkah laku yang tidak normal sebelum mampu mengajar mereka sebarang mata pelajaran akademik. Manakala murid tidak mengalami sebarang masalah biologikal malah lebih tertumpu kepada masalah kognitif sahaja. Dengan kaedah strategi dan teknik pengajaran yang lebih dikuasai oleh guru yang profesional, pembelajaran dapat ditingkatkan. Masa depan murid-murid yang kurang upaya dalam pembelajaran ini perlu bantuan daripada pelbagai pihak.
Sumber Rujukan :
https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-12-pengurusan-pelbagai-upaya
No comments:
Post a Comment