Topik 4 Kepimpinan dan Organisasi

       Kepimpinan ialah satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill, 1950) Se;ain itu, kepimpinan juga satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain (Kellerman, 1984) Organisasi pula ialah sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Selain itu, organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan dan satu unit sosial manusia yang bekerjasam dan saling bergantungan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya.





       Terdapat empat jenis gaya kepimpinan. Yang pertama ialah autokratik. Dalam gaya kepimpinan autokratik ini, semasa dalam bilik darjah, guru hanya memberi arahan dan menentukan segala aktiviti pdpc. Pemimpin autokratik akan menjalankan kawalan yang ketat dan kurang mempercayai orang lain.
Jika ada guru yang mencadangkan pandangan berbeza ia selalu diketepikan. Melahirkan mereka yang patuh dan mungkin tidak menggalakkan perkembangan idea.Penentuan dasar, pelaksanaan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti adalah mengikut keputusan pengetua.Pentadbiran berhierarki dan melibatkan komunikasi satu hala.

       Seterusnya ialah gaya kepimpinan demokratik. Dalam gaya kepimpinan ini, pengetua berbincang, menerima dan memberi pandangan, keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti. Selain itu, gaya kepimpinan demokratik ini menggalakkan percambahan minda apabila guru-guru diberi peluang memberikan idea.Guru-guru juga mungkin berasa lebih dihargai apabila pandangan mereka diambil perhatian. Proses untuk membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik. Gaya ini juga sesuai dengan persekitaran yang mempunyai ahli yang terpelajar dan tidak berasa malu untuk menyumbangkan pendapat.

       Selain itu, gaya kepimpinan yang ketiga ialah laisez-faire. Gaya kepimpinan ini menunjukkan bahawa pemimpin banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan dan kurang memberikan pandangan. Pemimpin juga kurang untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti.Terdapat pihak bawahan/orang diamanahkan mengambil kesempatan daripada kebebasan diberi. Gaya laisez-faire ini sesuai diaplikasikan kepada murid yang mempunyai kawalan diri, berinisiatif dan rajin belajar. Peranan guru hanya sebagai pemudahcara. Yang terakhir ialah gaya kepimpinan kontigensi. kepimpinan ini berpandukan kepada sesebuah situasi yang sedang dihadapi. 
Laisez-faire ini mengikut kepada keperluan atau mengikut keadaan yang wujud.Ia juga menganalisis kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan dan mempunyai kaitan dengan faktor-faktor persekitaran, teknologi, orang-orang terlibat.

       Secara rumusannya, dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan dalam menjayakan sesebuah organisasi, pemimpinnya perlulah mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi agar dapat meyakinkan anak buahnya dan juga masyarakat sekeliling. Di sekolah pengetua sebagai pemimpin yang dibantu oleh guru-guru yang lain sentiasa berusaha untuk memastikan semua para pelajarnya dapat mencapai kejayaan yang diinginkan.

Sumber Rujukan :

Ishak Mad Shah (2008) Kepimpinan Dan Hubungan Interpersonal Dalam Organisasi Johor Universiti Teknologi Malaysia HM1261 1848 

No comments:

Post a Comment