Topik 8 Strategi Mengurus Bilik Pembelajaran

      Bilik pembelajaran atau lebih dikenali sebagai bilik darjah merupakan tempat di sekolah yang dijadikan sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan bilik darjah ini berubah-ubah mengikut perkembangan idea pendidikan dari semasa ke semasa. Di dalam bilik darjah, selalunya akan dilengkapi dengan peralatan atau kemudahan seperti meja murid, kerusi dan juga turut disediakan meja guru. Di dalam bilik darjah juga akan dilengkapi dengan papan putih dan juga papan hitam untuk kegunaan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 

        

          Bilik darjah ini dapat diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara bilik darjah yang terdapat dalam konsepnya ialah bilik darjah tradisi. Bilik darjah ini selalunya diduduki oleh pelajar yang mempunyai masalah pendengaran atau penglihatan. Mereka ini akan diberikan keutamaan untuk duduk di barisan paling hadapan. Ia juga disusun berpusatkan guru. Aktiviti murid secara berkumpulan jarang dilakukan. Seterusnya ialah bilik darjah KBSR. Dalam bilik darjah ini, susunan kerusi dan meja mengikut kaedah berkumpulan. Strategi pengajaran pula berpusatkan murid. Banyak interaksi berlaku antara murid dan guru dan juga turut menggunakan alat bantu mengajar. Selain itu ialah bilik darjah mata pelajaran khas. Dalam bilik darjah ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan. Susunan kerusi dan meja diubahsuai untuk membuat kerja-kerja amali. Sudut bilik dilengkapi dengan perabot dan almari untuk menyimpan peralatan. Kemudahan tambahan seperti sinki dan paip air juga disediakan. Akhir sekali ialah bilik darjah terbuka yang merupakan persekitaran untuk aktiviti berkumpulan mahupun aktiviti individu secara serentak. Bilik darjah ini tidak mementingkan kurikulum kerana selalunya murid bebas untuk memilih, merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati. Ujian dan peperiksaan juga tidak diutamakan.

       Antara aspek fizikal yang diambil berat dalam bilik darjah ialah kebersihan. Persekitaran yang bersih ialah seperti tiada sampah di atas lantai, tingkap tiada habuk dan tong sampai yang bersih. Pakaian murid yang bersih juga merupakan salah satu aspek kebersihan yang perlu diamalkan. Seterusnya ialah aspek keselamatan. Sebagai contoh bilik darjah mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran. Semua alatan dan bahan di dalam bilik darjah perlulah selamat digunakan. Persekitaran bilik darjah juga perlulah berkemampuan untuk tidak mendatangkan bahaya hingga melibatkan kemalangan. Yang terakhir ialah faktor penggunaan kemudahan. Kemudahan yang diberikan haruslah digunakan dengan baik tanpa melakukan pembaziran. Guru juga perlu membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah. Susunan yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya dapat mengendalikan bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah untuk dilalui.Selain daripada itu, perhiasan yang tidak keterlaluan di dalam bilik darjah juga perlu difikirkan oleh guru untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah dan seterusnya meningkatkan motivasi dalaman guru dan pelajar untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

       Selain itu. strategi yang perlu ada dalam pengurusan bilik darjah ialah saiz bilik. Bagi memastikan keselesaan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran setiap kelas telah ditetapkan ukuran dan jumlah murid yang sesuai untuk memberi ruang yang cukup untuk melakukan pergerakan dan menjalankan sebarang aktiviti. Seterusnya ialah susunan bilik darjah. Bagi memastikan keselesaan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran, setiap kelas telah ditetapkan ukuran dan jumlah murid yang sesuai untuk memberi ruang yang cukup untuk melakukan pergerakan dan menjalankan sebarang aktiviti. Hal ini penting untuk membuat susunan bilik darjah yang baik kerana ia boleh mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru. Susunan bilik darjah juga seharusnya memberi kemudahan kepada murid bagi menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
       
        Strategi pengurusn bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam menjamin kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak dalam mengatur unsur-unsur fizikal dalam bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga untuk memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dan interaksi antara pelajar dan pelajar. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik pembelajaran sesuai dengan keperluan semasa.


Sumber Rujukan :

Abdul Malek Bilal Sidek (1995) Pengurusan Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur DarulFikir Z675 A23 1995

https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-dajah

No comments:

Post a Comment