Topik 6 Pengurusan Bilik Darjah

  Pengurusan bilik darjah melibatkan proses penyusunan fizikal, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.Tujuan pengurusan bilik darjah ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdPc yang melibatkan pelajar dan guru. Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdPc di sekolah. Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan dan papan hitam/putih. Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.


Bagi faktor kemanusiaan pula, Mok Soon Sang (2011) telah mengklasifikasikannya kepada dua kategori iaitu faktor sosial dan faktor emosi. Faktor sosial merujuk kepada hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Contohnya, murid yang mempunyai sifat pendiam tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap pemimpin dan guru mereka. Sifat-sifat yang ditunjukkan oleh guru di dalam kelas akan mempengaruhi suasana emosi yang akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid. Sebagai contohnya, guru yang bersifat agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan murid.

Sumber pembelajaran juga merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Guru-guru haruslah mengetahui cara-cara bagi menguruskan sumber pembelajaran. Semua sumber pembelajaran mestilah disusun mengikut mata pelajaran yang tersendiri dan diletakkan di suatu tempat yang sesuai serata mudah didapati. Contohnya, ruang Matematik yang telah dilengkapi dengan alat-alat mengira mestilah diletakkan pada tempat yang telah dikhususkan. Guru juga harus menjelaskan secara terperinci kepada murid-murid tentang cara-cara mengedar, mengutip dan menyimpan sumber pembelajaran agar mereka dapat menggunakannya dengan mudah dan efektif.

    Sebagai rumusannya, setiap guru haruslah mengetahui maksud pengurusan bilik darjah secara mendalam dan cara untuk menguruskannya. Hal ini dapat membina sebuah organisasi yang baik di dalam bilik darjah. Guru juga haruslah bijak dalam memikirkan pelbagai cara untuk mengatasi masalah disiplin yang sering berlaku di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, sangat penting bagi guru-guru untuk mengambil tahu serba sedikit mengenai latar belakang dan minat murid-murid agar prosesp pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.



Sumber Rujukan

https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-6-pengurusan-bilik-darjah













No comments:

Post a Comment